Sunday, November 17, 2013

Majlis Konvokesyen UITM Jengka, Pahang

Assalamualaikum,
Hari ini berlangsungnya Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara UITM kali ke 79
Bertempat di Kampus Khazanah Alam, Kalam Restu tidak melepaskan peluang mencuba pasaran di majlis konvokesyen. Hanya menumpang di gerai no 3 di hadapan perpustakaan UITM.
Jadi, malam semalam bertungkus lumus menyiapkan beberapa design untuk dipamirkan dan untuk menerima tempahan bagi gambar graduasi.
So, enjoy ^_______________^









sebahagian yang dah dihantar ke gerai hari ini

Bismillahitawakkal tua'laAllah....... Semoga mendapat sambutan...Amin.

Thursday, October 31, 2013

KEHANGATAN STADIUM SHAH ALAM SEMAKIN DIRASAI ~wink...wink~!..

Assalamualaikum..
seperti yang semua sedia maklum, 3 hb 11 2013 akan berlangsungnya perlawanan akhir piala malaysia. Ya, juara tradisi menentang tok gajah (negeri koi tu).. and, dikesempatan ni, kami merebut peluang untuk mempromosikan button badge dan keychain. semalaman bertungkus lumus menyiapkan design semua. Nah, ini hasilnya :)





ni antara gambar yang berjaya di upload.

Bagi sesiapa yang akan ke stadium shah alam malam nanti, bolehlah cari kami bersama Gomo Shop. harga promosi yang sangat murah menanti anda. Dapatkan segera. tq :)

Monday, October 7, 2013




Assalamualaikum kawan-kawan...
ha, hari ni ada idea baru. Almaklumkan trade mark kan idea berpanjangan, jadi melimpah ruah idea Allah bagi. okey, bagi sapa2 nak melangsungkan perkahwinan, majlis kesyukuran ke, yang inginkan kelainan boleh la bagi tetamu anda button badge atau keychain yg boleh tulis nama dan tarikh keramat . dapat jugak simpan buat kenangan kan.
Disebabkan mase kawin kitorang xbuat benda ni, boleh repeat balik. hehehe. buat simpanan dan kenangan, atleast ade jugak boleh tunjuk kat anak cucu nanti. haha :D
Akhir kalam, jangan segan silu lawati entry di kedai kecik comey kami ni.
SEKIAN. WASALAM

2 HARI JE !~

Assalamualaikum semua..
bertemu lagi untuk perkongsian aktiviti Kalam Restu Enterprise. 2 hari je?? apa yang 2 hari tu? haa, klo pembaca semua nak tahu, baru2 ni KRE dapat tempahan daripada SMKA Tahap, Jerantut.. tempahan button badge dari student from 4. dan, kejayaan yang dapat dicapai ialah, dapat menyiapkan semua tempahan dalam masa 2 hari.
Dalam masa sehari suntuk menghadap illustrator rasa nak bengkok tulang belakang. bile dah siap, Alhamdulillah... hasilnya tak sia-sia. Terima Kasih Allah. di bawah ni adalah gambar2 yang dah siap sedia untuk diberi kepada para pelanggan :)
ni design baru. nama kelas. 

cantik kalau semua satu kelas oder, boleh dpt harga istimewa

siap dalam satu hari :)

ini design permintaan budak-budak tu. 
bagus jugak idea mereka ni. walaupun nmpk mcm kids, tp comel kan.?


calon spm 2014

ni pulak joran team. walaupun mrk mintak gambar ikan yg biasa je
layan kan aje..hehehe..customer first :p





pelbagai design yang dipinta.

Okay tak? untuk para pembaca yang nak tempah, jgn segan silu hubungi kami. InsyaAllah harga bisa diatur.
sekian saje persembahan untuk entry kali ini. akhir kalam,
MISSION COMPLETE.. ALHAMDULILLAH :)

Monday, September 30, 2013

Assalamualaikum... Alhamdulillah segala pujian hanya untukNya. dapat lagi admin melaporkan aktiviti jualan Kalam Restu Enterprise buat kesekian kalinya. Kali ini adalah tempahan dari kakak admin dari SK LAKUM.. sempena bulan membaca NILAM, maka guru2 sibuk untuk mencari hadiah untuk diberikan pada juara membaca sekolah. Rezeki itu ada dimana- mana, Button badge menjadi pilihan mereka.




Atas : RAKAN PEMBACA PSS LAKUM
Bawah : Gambar ,nama dan tarikh lahir 3 budak comey.


 Riben : Untk Anugerah Pembaca Terbanyak bulan membaca SK LAKUM


Kelab Muafakat SK LAKUM pun ada menempah button. :) time kasih!


Alhamdulillah...MISSION COMPLETE~